Saturday, December 21, 2013

Kesan sampingan dari kehidupan

Tika orang lain sedang enak bermimpi, mataku segar terbuka pada pagi ini. Hujan lebat diluar membuatkan hatiku sedikit marah kerana tidak dapat menikmati tidur yang selesa.

"Damn" ucap hatiku lemah.

Sebatang rokok ku cucuh bagi mencapai mengantuk yang ku idamkan. Dari satu menjadi dua, dari dua menjadi empat. Kepala semakin pening, tapi mata ini masih segar. Segar bagai sayur di Cameron.

Dalam keserabutan ciptaan sendiri ini, aku mula mengira tahun. Aku tersedar, telah banyak masa yang aku bazirkan. Sesal itu memang ada, tapi kerja yang berlonggok di desktop langsung tidak ku sentuh. Ketika inilah aku amat memerlukan semangat "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih".

Kali ini aku nekad untuk membuat kerja secara sekali harung. Aku tutup segala benda yang boleh menarik perhatianku. Facebook, Twitter, Youtube, Yujis, dan segala mak nenek Media Player.

Yang tinggal hanya aku dan Microsoft Office dan beberapa fail pdf dihadapanku. Sedang jariku menaip beberapa perkataan, tanganku menggeletar. Ahh, sudah. Kakiku yang tadi sedang elok bersila tiba-tiba kejang dan terasa seperti buih-buih hendak memancut keluar dari mulutku.


Aku bergetar-getar di atas tilam. Seperti remaja yang sedang shuffle. Aku cuba bangkit, tetapi tiada respon dari tubuhku.

Ketika kakiku sedang bergetar-getar itu, aku tertendang mouse lalu tertutup segala kerja-kerjaku. Seperti tiada apa-apa, aku kembali normal. Hairan.

Sekarang, dengan hati dan perasaan yang bercampur baur aku menaip entri baru.

Aku rasa, aku ada alergik.

6 comments:

  1. Hg tertengok Pokemon ni kot Akemal

    http://en.wikipedia.org/wiki/Denn%C5%8D_Senshi_Porygon

    ReplyDelete
  2. kalau tgk porigon sawan dia lagi mendalam.. haha

    ReplyDelete
  3. hg makan udang seperiuk ka bakemal

    ReplyDelete
  4. Salam..Minta sila hadir ke balai polis berdekatan utk ujian saringan air kecil. tq

    ReplyDelete
  5. tumpang tanya encik.. saringan tu apa? air kecil tu apa? tq tu apa?

    ReplyDelete