Sunday, January 23, 2011

Huruf besar lepas noktah

Sekarang adalah masa yang paling afdal dalam dunia. Malam hujung minggu.

Ada yang tidur.

Ada yang tengah makan.

Ada yang tengah hisap dadah.

Ada yang berseronok di disko.

Ada yang tidur semasa kerja.

Ada-ada sajalah agenda setiap orang.

Aku, dengan batuk-batuk hasil daripada rokok murah "Manchester" melangut depan laptop yang sekejap-sekejap terlekat kerana telah bekerja keras seminggu ini.

Bertahanlah wahai senjata utama seorang hero. Tanpa kau, aku tak teragak-agak nak bogel pergi kelas.

Baik.

Terkini di tempat orang, aku ingatkan tak ada langsung yang bersangkutan dengan aku disini. Maknanya, aku ingatkan aku perlu bermula semula dari bawah. Mencari kepala-kepala yang hampir pecah dan mencantumkannya menjadi satu.

Setelah beberapa hari merasakan hidup terlalu bosan, rasa nak mati.

Muncul cahaya gemilang,

Rupanya syaitan dimana-mana.

Dan aku kembali seperti biasa. Perasaan ini yang aku cari.

Sekali lagi, aku bersedia nak berperang macam biasa.

Satu nama telah pun di gariskan. Tahniah. Anda musuh pertama yang akan makan tanah.