Sunday, March 20, 2011

Tilam, selimut dan gelas besi yang panas

Suasana hari ini cerah betul sampai tak ada perkataan indah lain yang dapat menerangkan apa yang aku rasa pagi ini. Belum sempat satu per dua jam aku merasa keindahan ini, aku nampak cahaya biru yang cerah diiringi angin yang semacam. Kuasa tuhan. Hujan turun menggantikan suasana cerah yang indah sebentar tadi sekaligus menggantikan perasaan gembira kepada satu perasaan tenang dan relaks.

Cantik, perasaan hujan inilah yang aku tunggu. Dengan langkah yang stedi aku membancuh teh strawberi cameron aku. Aku parking tempat duduk aku betul-betul menghadap Banjaran Titiwangsa di hadapanku. Bersila atas tilam sambil minum teh wangi. Apa lagi yang kamu nak dalam hidup ni.

Rasanya mahu saja aku terus keras di sini sampai besok. Melihat awan biru-biru, pandangan yang putih-putih, gunung-gunung yang kabur-kabur, gadis-gadis yang berlari tanpa payung. Merasa angin-angin sejuk sampai ke tulang.

Ini sepatutnya entri yang emosi, tapi aku telah dikawal oleh suasana yang melllooooowww membuatkan segalanya menjadi relaks sekali.

"Hari ini" layan aku dengan baik untuk hari ini. Kalau lah hari-hari macam hari ini tentunya aku dapat buat keputusan dengan cemerlang, berfikir dengan cemerlang dan berhibernasi dengan cemerlang.

Baik. Tiba masa untuk aku habiskan minit-minit yang terakhir sebelum matahari tenggelam dan menunggu untuk hari esok yang tak menentu graf hasilnya.




Macam mana agaknya hari orang lain? Semoga tabah-tabah sahaja.

Wednesday, March 16, 2011

www.akemal.com

Selamat datang ke "bilik" baru saya. Lepas ni, kita cakap pasal benda-benda serius saja. Yang tak serius kita tinggalkan dalam draft.

Sekian daripada saya yang sedang bercuti pada hari rabu. Semoga sihat-sihat selalu.

heh heh heh