Saturday, September 25, 2010

Mengumpul kekuatan pada perut.

Sedang aku asyik membaca majalah di sebuah kafe kecil, aku sedikit terkejut kerana kerusi di hadapan aku ditarik. Oh, seorang gadis cantik bercermin mata hitam.

Aku hanya memandang wajahnya. Seperti biasa, wajah aku mestilah cool.

"Akemal right?" tanya gadis itu.

Aku mengerutkan dahi tanda aku sedang memikirkan siapakah gadis ini. Walaupun aku langsung tak kenal, tapi aku buat-buat berfikir supaya gadis tadi tak anggap aku ni seorang yang tak ambil kisah langsung tentang dirinya. Bukankah gadis suka begitu? Suka jika dirinya di ingati. Bukti? Buka facebook dan lihat sendiri.

" You ni Akemal kan? "gadis itu mengulangi soalannya dengan nada lebih lembut dan menyedarkan aku dari lamunan.

"Oh, ya"jawabku. "Tapi, u ni siapa?"tanyaku sopan.

Mungkinkah gadis ini adalah gadis hodoh yang pernah aku hina beberapa tahun lepas kini tiba-tiba jadi cantik dan nak balas dendam kepada aku? Tapi, aku tak pernah pula menghina orang. Apatah lagi kaum hawa yang berjiwa halus bak kapas lembut. Wanita perlu dicintai dan dihormati.

"I am your future wife" jawabnya dengan sopan.

Wajah aku sedikit berkerut. Cuba untuk men"translate"kan bahasa inggerisnya, aku hanya faham bahasa inggeris mudah seperti thank you, i love you, dan fuck you.

"Why? Confused ke sayang?" soalnya.

"Yeah. Sikit-sikit" balasku dengan begitu keliru.

Keliru macam satu ketika dulu aku pernah ingat yang aku ini sebenarnya seorang perempuan tapi bila aku check balik dengan orang lain ternyata aku bukan perempuan.


"Jadi, kenapa u datang cari i?" Soalku untuk memecahkan keadaan yang tersangat awkward atau dalam bahasa melayu yang ditranslatekan melalui google translator menjadi canggung. Apa kejadah maksudnya pun aku tak faham.

"I nak melepaskan rindu dan nafsu yang lama u tak penuhi."

"Adakah i pada masa hadapan telah mati pucuk? Atau i seorang yang kaki perempuan?" Celaka, kali ini aku telah hilang cool. Kalau kena lagi satu kejutan komfom aku akan sakit jantung.

"Tak. U menjadi orang warak dan telah hilang rasa sayang pada i yang pemabuk dan seksi. Sekarang i nak pinjam duit u. Nak beli kokain."

"PERGI!!!"

Sekelip mata isteri masa hadapan itu berlari keluar dari kedai.

Dan aku menyambung bacaan aku tadi pada satu artikel yang bertajuk "Berangan membuatkan otak lesu menjadi kreatif." dan pada muka surat belakangnya ada artikel tentang kekuatan seksual.



P/s Terima kasih kawan. Terima kasih sangat-sangat.

2 comments: