Sunday, July 24, 2011

Cheers









Selamat tidur Amy Winehouse..

Wednesday, July 13, 2011

Aku pun

Aku tengok ramai sangat buat entri khas untuk PeCo. Macam celaka jugak kalau aku ketinggalan. Mana la tau mungkin-mungkin nanti dah tua boleh bukak cerita ni balik.

Point aku, aku tak mau masa Ap dengan Adib cerita pasal penat-penat perah otak nak tulis pasal entri hari jadi PeCo, aku sorang-sorang saja terdiam sebab tak buat apa-apa yang spesel untuk dia. Lagipun BeCo memang bekira.

Series aku cakap, BeCo ni memang bekira walaupun aku ada hutang dia 50 ringgit.

Babi. Terus tak dak mood nak sambung tulis sebab teringat hutang.

Hepi besday woi Peco. Besok hari Rabu aku shift pagi. Petang tu boleh keluar. Aku tak ada kredit nak balas mesej. Jangan buat sedih kalau aku tak balas mesej. Fuck you!

Masa aku tulis ni aku teringat masa aku suap hang dengan sandwich pastu hang luah balik. Aku ambik sandwich tu pi suap kat Adib.

haha.

Adib makan sampai habis.

Celaka punya kawan.

Dengan ini, semoga hang berjaya dalam apa-apa bidang yang hang jolok. Diharapkan hutang 50 ringgit itu dapat dilangsaikan dengan penulisan yang barai ni. Semoga maju jaya daripada saya dan sebatang rokok john. Cheers.




Untuk semua benda jahat yang pernah aku buat sila salahkan syaitan. Terima kasih.
By the way, lambang naruto tu Paq yang buat.

Thursday, April 7, 2011

Ada dalam hati kau




Jangan takut

Sunday, March 20, 2011

Tilam, selimut dan gelas besi yang panas

Suasana hari ini cerah betul sampai tak ada perkataan indah lain yang dapat menerangkan apa yang aku rasa pagi ini. Belum sempat satu per dua jam aku merasa keindahan ini, aku nampak cahaya biru yang cerah diiringi angin yang semacam. Kuasa tuhan. Hujan turun menggantikan suasana cerah yang indah sebentar tadi sekaligus menggantikan perasaan gembira kepada satu perasaan tenang dan relaks.

Cantik, perasaan hujan inilah yang aku tunggu. Dengan langkah yang stedi aku membancuh teh strawberi cameron aku. Aku parking tempat duduk aku betul-betul menghadap Banjaran Titiwangsa di hadapanku. Bersila atas tilam sambil minum teh wangi. Apa lagi yang kamu nak dalam hidup ni.

Rasanya mahu saja aku terus keras di sini sampai besok. Melihat awan biru-biru, pandangan yang putih-putih, gunung-gunung yang kabur-kabur, gadis-gadis yang berlari tanpa payung. Merasa angin-angin sejuk sampai ke tulang.

Ini sepatutnya entri yang emosi, tapi aku telah dikawal oleh suasana yang melllooooowww membuatkan segalanya menjadi relaks sekali.

"Hari ini" layan aku dengan baik untuk hari ini. Kalau lah hari-hari macam hari ini tentunya aku dapat buat keputusan dengan cemerlang, berfikir dengan cemerlang dan berhibernasi dengan cemerlang.

Baik. Tiba masa untuk aku habiskan minit-minit yang terakhir sebelum matahari tenggelam dan menunggu untuk hari esok yang tak menentu graf hasilnya.




Macam mana agaknya hari orang lain? Semoga tabah-tabah sahaja.

Wednesday, March 16, 2011

www.akemal.com

Selamat datang ke "bilik" baru saya. Lepas ni, kita cakap pasal benda-benda serius saja. Yang tak serius kita tinggalkan dalam draft.

Sekian daripada saya yang sedang bercuti pada hari rabu. Semoga sihat-sihat selalu.

heh heh heh