Sunday, January 23, 2011

Huruf besar lepas noktah

Sekarang adalah masa yang paling afdal dalam dunia. Malam hujung minggu.

Ada yang tidur.

Ada yang tengah makan.

Ada yang tengah hisap dadah.

Ada yang berseronok di disko.

Ada yang tidur semasa kerja.

Ada-ada sajalah agenda setiap orang.

Aku, dengan batuk-batuk hasil daripada rokok murah "Manchester" melangut depan laptop yang sekejap-sekejap terlekat kerana telah bekerja keras seminggu ini.

Bertahanlah wahai senjata utama seorang hero. Tanpa kau, aku tak teragak-agak nak bogel pergi kelas.

Baik.

Terkini di tempat orang, aku ingatkan tak ada langsung yang bersangkutan dengan aku disini. Maknanya, aku ingatkan aku perlu bermula semula dari bawah. Mencari kepala-kepala yang hampir pecah dan mencantumkannya menjadi satu.

Setelah beberapa hari merasakan hidup terlalu bosan, rasa nak mati.

Muncul cahaya gemilang,

Rupanya syaitan dimana-mana.

Dan aku kembali seperti biasa. Perasaan ini yang aku cari.

Sekali lagi, aku bersedia nak berperang macam biasa.

Satu nama telah pun di gariskan. Tahniah. Anda musuh pertama yang akan makan tanah.


Wednesday, December 22, 2010

Sunday, December 19, 2010

Yokel sampai tua.

Aku malas betul bila cerita yang dah nak sampai part happy ending kena kacau. Maksud aku "tergantung". Macam orang baru belajar hisap rokok lepas tu terus berenti.

Nakal betul perokok macam tu. Tak serius dalam bidang merosakkan diri.

Sekarang aku tengah bekerja keras dengan kotak carian google untuk mencari cara atau apa-apa petua untuk menyambung mimpi aku semalam. Mimpi paling indah pernah aku dapat selepas mimpi basah.


...


...


...


...


...



Tak ada hasil.

Sebelum aku mula breakdance depan laptop baik aku berhenti buat kerja ni.

Friday, December 17, 2010

Sunday, December 5, 2010

Dia yang kupanggil kawan.

Dengan sudahnya minuman terakhir itu, dia bertanya satu soalan kepada aku.


Soalan yang aku tahu jawapannya tetapi takut untuk aku berikan jawapan kerana aku sendiri masih kabur dengan soalan ini.


Agama.

Tuhan.


Dan sampai sekarang aku masih sakit kepala berfikir.

Dari pandangannya, semakin kabur satu cahaya itu.

Semoga kau berjumpa semula dengan cahaya itu kawan.