Friday, August 5, 2011

Memori ramadhan saya

Hari itu cuaca panas, panasnya sampai ke hujung telinga. Air kepala pun dah menggelegak membuatkan hati saya menjadi gelora.

Hari itu juga, saya punya tahap gelisah berada di level yang tertinggi. Tingginya level itu adalah sehingga membuatkan saya menghantukkan kepala saya ke satu halaman surat khabar yang memaparkan iklan kfc. Masa tu tak silap saya ayam thai tengah Up. Punya la emosi.

Tiba-tiba angin sejuk meniup kencang. Macam sesuatu akan berlaku. Saya bangun menuju kearah henfon saya yang menyala kelip-kelip. Sms daripada seorang rakan. Nampaknya mereka memerlukan bantuan.

Saya tiba-tiba ketika itu menjadi begitu bersemangat. Terus berlari kearah bilik mandi dan mandi. Setelah selesai sedikit touch-up pada muka yang berseri ini, saya mengambil langkah yang besar keluar rumah.

Di luar Jon dan Wan dah bersandar di sebelah kereta sambil tangan disilangkan. Nampak benar ketidak sabaran mereka.

Selepas membuat sedikit perbincangan secara serius, kami mengambil perjalanan yang tidak berapa jauh ke arah Zaas yang pada ketika itu memang menjadi hot stuff secara tiba-tiba.

"Ok Akemal, hang p beli pastu kami buat-buat ronda sat pastu kami mai ambik ang balik kat sini."

Saya mengangguk laju tanda setuju.

Saya pun keluar dari kereta dan berjalan dengan kepala tunduk ke bawah menuju kearah rak yang dipenuhi lauk. Membuat order secara laju-laju.

Brader tu pun dengan laju-lajunya membuat segala bungkusan dan memberikannya kepada saya. Selesai segala urusan pembelian, saya keluar.

Tiba-tiba di luar macam pesta, ramai betul orang.

Part paling best sekali. Pakcik-pakcik berketayap berjalan kearah saya secara berkumpulan. Saya teringat muka hadapan surat khabar yang saya baca pagi itu. KFC.

Dan dari belakang saya nampak sebuah kereta drift secara slow-mo.

Saya tersenyum panjang.

Tengah hari itu kami bercakap pasal puasa penuh ramadhan depan.

No comments:

Post a Comment