Thursday, December 6, 2012

Empat jam masa hadapan

Aku hanya melihat putaran itu dibawa pergi. Jika diikutkan hati ini, mahu sahaja aku berputar bersama engkau. Itu jika diikutkan hati. Tapi ternyata kaki ini lebih suka mendiamkan diri mengikut apa sahaja gerakan keras sebiji batu. Biarkan sahaja, mari kita pulang wahai hati kosong.

Aku cuba bertanya banyak soalan kepada kau dalam angan-angan petangku, tetapi kau sibuk. Sibuk menjadi angan-angan. Jadi, aku bawa roh aku ke sebuah kawasan lebih gelap.

Disitu aku tersesat. Susah mahu meronta dalam kawasan yang sepi ini, tiada bunyi mahu mewarnai jalanku. Tiada warna mahu memberikan frekuensi kepadaku. Apa gila yang sedang terjadi ini? Aku mahu meminta, tapi hanya debu keluar dari kotak suaraku.

Aku berhenti di hadapan jam besar dimana nombornya adalah huruf dan bunyinya adalah warna. Segalanya asing, seperti pertama kali ditendang ke udara.

Bong!

Keluar kepala manusia, menunjukkan jam tepat pada sesuatu waktu yang aku tidak tahu. Bunyi bong! ketiga itu menyedarkan aku.

Rupanya aku tersesat dalam matamu.

Thursday, November 15, 2012

Penipu

Dalam mencari jawapan yang sebenar, banyak perkara yang bohong keluar dari mulutnya. Janjinya palsu, hatinya rabak dan mukanya bodoh.

Semalam itu bohong. Hari ini tipu.

Mulutnya manis ketika berseorangan.

Bila dikelilingi teman sedarah, semuanya berubah. Berubah bagaikan air dimasukkan pewarna.

Semuanya dusta keluar dari mulutnya.

Hatinya kotor dan hanya pandai berjanji.

Janjinya hodoh sama naik dengan perangainya.

Padanlah hatinya digelapkan.

Semangat ke arah kanan itu hampir pudar, mana perginya warna-warna cerah pada hari itu?

Mana perginya si tolol yang bersemangat itu?

Jika kau dengar apa yang hati aku cakapkan sekarang, aku harap jangan kau percaya lagi.



Wednesday, October 31, 2012

Masa

Malam itu matanya cerah. Berbagai wayang mula bermain dalam kepalanya. Hatinya lemah, menyalahkan segala kepercayaan. Semuanya dipertikaikan oleh otaknya yang mula buntu. Dia seorang sahaja yang benar.

Segala jalan yang dipilihnya mula dijadikan sebagai alasan mengapa dia begini. Kalaulah dia tidak menerima tawaran ini, mungkin dia sekarang sedang senang menggoyangkan kakinya dibelakang meja.

Mungkin.

Perutnya lapar, rokoknya habis, dan kepalanya serabut. Dia hanya terbaring melihat kawasan sekelilingnya. Barangnya telah habis dijual. Yang tinggal hanya sekeping jiwanya. Jika jiwa boleh dijual, telah lama jiwanya tiada. Telah lama jiwanya dijual.

Jika.

Ada pendapat mengatakan, duit bukan segalanya. Tanpa duit pun kau boleh gembira.

Pendapat itu ditolaknya mentah-mentah. Ditolaknya sebelum ayat itu ditamatkan. Apakah pendapat itu benar? Dia tidak tahu, yang bermain difikirannya sekarang bukanlah pendapat orang. Kalau semua pendapat boleh dijual mungkin dia akan mendengar dengan tabah. Tapi apa guna pendapat jika sekarang dia berada dalam satu situasi dimana dia betul-betul sesat dan lapar. Dia perlukan petunjuk dan bantuan.

Muncul pula satu lagi pendapat.

Apa gunanya kau terbaring dan hanya menunggu bantuan. Kau bukannya cacat.

Ya. Dia tidak cacat. Tapi apa yang perlu dia lakukan? Bukan salah dirinya jika dia sendiri buntu tanpa idea. Dalam kepalanya lapang, tiada penghujung.

Dan segala pendapat itu pun lari, lari jauh darinya. Tidak lagi mahu timbul dan mengacau kepalanya. Pendapat itu tahu yang dia tidak akan mendengar segala pendapat.

Dia terus terbaring disitu. Mencari erti kehidupan, mencari idea. Idea yang membolehkannya lari dari masalah yang timbul dari dirinya. Seseungguhnya dia mahu lari jauh dari kehidupan lampau.

Tapi benarlah kata orang, kelakuan kau akan tercabar bila kau ada segalanya. Bila semuanya ada dalam tangan kau. Ya, dia telah lama berjanji dengan dirinya. Tetapi, kecewanya dirinya kepada dirinya. Segala janji itu busuk menjadi bangkai bunuhannya sendiri. Haruskah dia membuat perjanjian baru dengan dirinya. Dia tahu yang dia sendiri akan membunuh janji itu. Jadi kenapa harus dia membuat perjanjian baru.

Apakah dia perlu biarkan masa membawa segalanya pergi?

"In the blink of an eye, something happens by chance, when you least expect it, sets you on a course that you never planned, into a future you never imagined."
-Nickholas Sparks-

Tidak. Masa telah membawanya terbang keserata tempat. Buruk, cantik mahupun busuk telah diredahnya. Dia tidak lagi percaya kepada masa. Masa bukan jawapan bagi permasalahan yang timbul dalam konflik dirinya.

Apakah lagi dia perlu buat?

Adakah hanya berserah atau hanya lupakan segalanya. Jika ya, bagaimana?


Ketika dia mula berbaring itulah dia mula berfikir kotor dan bersih kehidupannya. Dia perlu keluar. Apakah keluar yang dimaksudkannya itu benar? Apakah dia pasti dengan keputusannya itu? Mahukah dia meninggalkan segala yang menjadikan dirinya kini? Apakah yang mahu dikejarnya dengan berubah? Mahukah jiwanya mengikut kehendak ini? Mahukan dia putarkan kehidupannya tiga ratus enam puluh darjah? Kuatkah dia melawan impak ini? 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah ar-Rad: ayat 11). 

Agaknya dia telah bersedia untuk melakukan satu lagi perjanjian dengan dirinya itu. Mungkin dia akan terkandas semula ditengah jalan. Siapa tahu? Itu adalah kehendak tuhan.

Jika ini tekadnya, apakah dia akan bersungguh-sungguh? Atau hanya sekadar mengagungkan "tekad"nya. Adakah dia hanya mahu satu dunia tahu mengenai tekadnya dan hanya duduk bersilang kaki?

Apakah yang akan jadi?








Saturday, August 11, 2012

Selamat tinggal

Hari-hari yang berlalu semua seperti biasa, tak ada gembira tak ada sedih. Berada dalam keadaan kacau bilau seharian, dimaki hamun, menjadi bahan cerita, semuanya ditelannya sekali harung.

Bergaul dengannya seperti tiada apa masalah walaupun kami berada dalam satu keluarga yang besar dan berlainan agama.

Bulan lepas, dia koma sebentar. Terjaga dari koma, dia bercerita tentang mimpi yang dia harungi semasa koma. Katanya, abang sepupunya yang telah meninggal menampar mukanya seperti menyuruh dia teruskan kehidupan. Katanya lagi, peluang yang diberikan selepas ini akan digunakan sebaiknya. Aku tidak terlalu memikirkan tentang apa yang dia katakan sebab aku tahu kalau dia tidak koma pun, dia adalah seorang yang kuat.

Walaupun dengan keluarga yang bermasalah, dia tidak menunjukkan riak muka mahupun perbuatan yang menunjukkan dia mempunyai masalah di rumah. Yang dia tahu, jika kakaknya dipukul dia akan membawanya lari keluar rumah sehingga segalanya reda dan kemudian dia akan tersenyum semula.


Ada satu hari, dia berbual dengan orang tua aku. Tentang keluarganya, cintanya, dan hidupnya. Aku pula, hanya ketawa kepadanya. Sebab aku tak pernah nampak dia begitu serius dalam perbualan.

Walaupun dalam umur yang masih muda, aku tahu banyak dalam fikirannya yang membuatkan dia lebih matang dari aku.

Kali terakhir aku berjumpanya, dia bercerita tentang seorang perempuan. Dari senyumnya itu, aku tahu dia gembira. Nak pegang hensetnya pun tak boleh. Takut aku baca mesej kononnya.

Itu adalah kali pertama dia bercakap tentang hidupnya. Sebab, aku dan dia tidak banyak bercakap tentang perkara yang berat.


Hari ini, aku tak akan dapat lagi bercakap tentang hidupnya, cintanya, atau apa saja selamanya.

Selamat tinggal.





Tuesday, July 10, 2012

Ahmad dan gay

Ahmad adalah seorang jejaka metroseksual. Dia sentiasa peka dengan keadaan sekelilingnya. Bergurau senda dan bersenam adalah beberapa faktor Ahmad sentiasa aktif. Baginya, badan yang sihat menjana otak yang cempaka.

Satu hari, Salmiah berkata kepada Ahmad, "Aku benci la lelaki yang gay".

"Ini bukan kemahuan mereka" Ahmad menjawab sambil menepuk kepala Salmiah. Perbualan mereka tamat disitu kerana Salmiah tiba-tiba terasa ingin membuang air kecil.

Tiba-tiba bahu Ahmad ditepuk.

"Mad, malam ni datang la rumah i. I ada sosej untuk you" Ujar John.

John adalah rakan sepejabat Ahmad. Dia mempunyai paras rupa yang menjadi kegilaan para wanita. Seperti Ahmad, John juga adalah seorang yang gemar bersenam.

"Okay bro. Malam ni aku pi rumah hang. Sosej apa woi?" Jawab Ahmad.

"Tak boleh la i bagitau you. Tak surprise nanti. Jangan lupa tau datang malam ni" John menjawab sambil berjalan keluar.



...



Malam itu, Ahmad belajar benda baru iaitu apa yang dimaksudkan dengan Gay dan apa yang dimaksudkan dengan sosej oleh John.

Ahmad menangis dibawah pancuran air di rumahnya sambil menangis kepedihan.









Kalau lelaki yang baca ni mendapat ereksi yang berlebihan, mohon muhasabah diri. Kah Kah Kah

Sunday, July 8, 2012

Kisah benar dan sejuk

Hari itu banyak sangat objek-objek berkeliaran. Tempat menjadi sangat sesak dan sangat kecoh. Apa yang pasti kesemua mereka hanya mempunyai satu matlamat. Mahu selamat sampai ke sebuah tempat yang hanya seorang sahaja dibenarkan masuk. Jadi ini bermakna secara automatisnya aku berada dalam satu perlumbaan.

Ini bukan sebarang perlumbaan. Jika aku menang bermakna yang lainnya akan mati. Ini adalah satu perlumbaan yang meletakkan nyawa sebagai taruhan.

Aku lihat semua orang di situ menggunakan segala kepakaran yang ada untuk menyelamatkan diri dan menuju ke tempat yang selamat itu.

Aku?

Tipu la kalau aku cakap aku tak risau. Mestilah risau. Dengan segala kudrat yang ada, aku berusaha dengan penuh semangat untuk hidup. Aku lihat, ada juga yang menggunakan taktikal kote untuk menang. Terlalu kotor cara mereka.

Aku yang bersabar dari awal perlumbaan akhirnya hilang segala sabar. Aku lompat tepat kearah seorang lelaki yang memegang machine gun berjenis peluru infinite dan mencabut kepalanya. Aku ambil senjata itu dan menembak sesiapa yang menghalang jalan aku.

Di satu persimpangan, aku lihat seorang wanita dihadapan aku. Aku tembak kakinya. Dia jatuh tersembam lalu menjerit kesakitan. Aku halakan senjata aku kearah wajahnya. Dia menangis dan meminta simpati. Tetapi hari itu jika aku lepaskannya dia tetap akan mati juga. Jadi aku tembak mukanya sehingga hancur berderai.

Tamat situasi kecil di situ, aku meneruskan larianku. Sedikit lagi langkah, aku akan sampai. Dan dihadapanku seorang lelaki berlari. Tanpa banyak membuat pergerakan, aku capai pisau rambo dan menikam belakang kepalanya sehingga tembus ke matanya.

Aku melompat dan masuk ke dalam ovum.

Aku lihat sperma lain mati begitu sahaja.

Hanya aku yang terselamat.

Sekarang, aku banyak bersaing dengan musuh yang banyak menggunakan cara kotor dan kote, tetapi aku tak boleh bunuh mereka disebabkan aku dirantai dengan undang-undang dan juga atas didikan keagamaan ke atas diriku. Aku hanya mampu melihat.



Sperma ada kaki tak?

Saturday, July 7, 2012

C dalam cawan

Semalam baru aku teringat pasal blog ni, aku bangga sebab dah lama tak update. keh. Sepatutnya semalam lagi aku dah update, tapi pasal password aku terlalu bercampur dengan segala macam jenis password lain membuatkan niat aku nak update blog perlu ditendang keluar.

Entah macam mana pagi ni sekali taip saja password dah dapat masuk. Mungkin semalam fikiran aku terganggu. Agaknya la.

Jadi, 4 5 bulan ini hidup aku dah tak berapa mencabar dan tak berapa lawak. Aku rasa dah banyak benda yang jadi dalam hidup aku tak sesuai lagi aku cerita dalam blog ni. Makin tua, semua benda jadi kompleks.

Mungkin 2 3 bulan lagi blog ni aku delete dan gantikan dengan laman web lucah atau mungkin juga blog ni tetap macam ni. Aku pun tak tahu.

Kalau aku ganti dengan blog lucah aku rasa boleh jugak aku makan duit nuffnang ni.

Monday, May 7, 2012

Hujan dan sebatang rokok terakhir

Sekarang aku ragu-ragu nak cucuh rokok terakhir. Nakharam betoi.

Sunday, April 29, 2012

August burn red dan bersih






Jumpa anda besok. Yeah. Mata gua dah berair. Lebih berair dari brader-brader yang kena gas pemedih mata. P

Aku dah jadi malas nak update blog bila blogspot berubah wajah.

Tapi tak apa, bersihkan jiwa, bersihkan hati, ada masa aku bersihkan sawang.

Kepada yang sedang berdemonstrasi dan kepada polis-polis yang sedang mengawal suasana semoga kamu semua selamat.

Sunday, March 25, 2012

Nilai

Aku tak rasa moral setiap orang adalah sama. Ada orang belajar daripada kehidupan yang susah. Ada yang belajar dari sekolah. Ada yang belajar dari mak bapak.

Tapi bila sampai satu tahap, nilai-nilai moral ini akan tercabar. Pada masa itulah kita akan mula menolak nilai-nilai yang sedia ada dalam diri. Kalau ada yang terselamat tu, nasiblah. Tapi kepada yang tak terselamat tu?

Bila kalau ada orang kata kita ini tidak bermoral, apa reaksi yang akan kita bagi?

Tapi bila kita pulak tengok orang lain tersilap membuat pilihan? Kita pula jadi juri. Juri akhirat kononnya.

Seronok kan kalau jadi juri akhirat tanpa ada halangan?

Seronok kan kalau tengok orang lain jahanam?

Pernah tak kita tepuk di tengah-tengah antara dua tetek kita dan bertanya "Aku ni pernah buat salah tak?"

Pernah?

Tak?

Kalau tak pernah, baguslah. Jangan jadi bodoh cakap seorang diri. Pergi tanya kawan-kawan.

Aku? Tak pernah. Sebab aku sentiasa buat salah. Aku sendiri dah tahu macam mana jawapan yang akan aku dapat.

Bila aku tengok cara pemikiran ahli falsafah yang bercanggah dengan fikiran aku, membuatkan sedikit daripada diri aku ini mula mati.

Sekarang aku nak sambung report pasal moral.

Babi betui.

Monday, March 12, 2012

Pilihan kabur

Bila kau lapar dan terlalu mengantuk apa yang akan kau lakukan?

Aku pilih untuk update blog.

Kenyang sebentar rohani ini.


Thursday, February 16, 2012

Konflik dalaman lagi




Bila tiba-tiba baru kau perasan yang hidup kau tak teratur, satu perasaan akan muncul.

Tanpa kau sedar kau mengeluarkan pelbagai janji pada diri kau sendiri.

Sekali lagi tanpa kau sedar, kau dah pun melupakan segalanya.

Agaknya diri kau sendiri pun dh lali dengan janji-janji itu.

Teh panas satu sebelum koma sebentar.