Friday, October 14, 2011

Sebuah kapal api

Kemarin aku lihat beras dalam plastik yang di dalamnya masih ada lagi dua atau tiga genggaman. Cukup untuk memenuhi tiga bijik perut yang lapar.

Ahmad pula terjumpa satu tin sardin yang masih elok di dalam almarinya.

Mata kami bertiga berair.

Aku ditugaskan untuk memasak nasi manakala lagi dua ekor makhluk berbulu itu mencari benda tajam yang boleh dijolok masuk menembusi tin sardin dan seterusnya memasak sardin itu.

Selesai segala bala memasak, aku parkingkan periuk nasik tepat ke hujung meja.

Masa itu, Kamarul seorang lelaki metroseksual keluar dari biliknya mahu menuju ke tandas.

Sambil berjalan seperti seorang model, dia melambaikan tangannya seperti sedang melambai kepada penonton.

Kami bertiga yang ketika itu sedang mengambil pinggan terdengar bunyi periuk jatuh.

Hari itu, Kamarul tak jadi mandi.