Wednesday, December 22, 2010

Sunday, December 19, 2010

Yokel sampai tua.

Aku malas betul bila cerita yang dah nak sampai part happy ending kena kacau. Maksud aku "tergantung". Macam orang baru belajar hisap rokok lepas tu terus berenti.

Nakal betul perokok macam tu. Tak serius dalam bidang merosakkan diri.

Sekarang aku tengah bekerja keras dengan kotak carian google untuk mencari cara atau apa-apa petua untuk menyambung mimpi aku semalam. Mimpi paling indah pernah aku dapat selepas mimpi basah.


...


...


...


...


...



Tak ada hasil.

Sebelum aku mula breakdance depan laptop baik aku berhenti buat kerja ni.

Friday, December 17, 2010

Sunday, December 5, 2010

Dia yang kupanggil kawan.

Dengan sudahnya minuman terakhir itu, dia bertanya satu soalan kepada aku.


Soalan yang aku tahu jawapannya tetapi takut untuk aku berikan jawapan kerana aku sendiri masih kabur dengan soalan ini.


Agama.

Tuhan.


Dan sampai sekarang aku masih sakit kepala berfikir.

Dari pandangannya, semakin kabur satu cahaya itu.

Semoga kau berjumpa semula dengan cahaya itu kawan.

Wednesday, November 24, 2010

Kita semua adalah penakut

"Jangan takut. Apa-apa yang jadi aku tak akan lari. Aku akan tetap berada di sisi kau. Kau jangan risau."

Kata Ismail yang tempang kepada rakannya.

Thursday, October 28, 2010

Sistem





Pelan-pelan semua benda lama terflash balik.

Ahh.

Macam kena tumbuk dekat dada kuat-kuat.

Sunday, September 26, 2010

Antara masa, maruah dan menyalak

Pedih badan dan pedih maruah.

Celaka.

Saturday, September 25, 2010

Mengumpul kekuatan pada perut.

Sedang aku asyik membaca majalah di sebuah kafe kecil, aku sedikit terkejut kerana kerusi di hadapan aku ditarik. Oh, seorang gadis cantik bercermin mata hitam.

Aku hanya memandang wajahnya. Seperti biasa, wajah aku mestilah cool.

"Akemal right?" tanya gadis itu.

Aku mengerutkan dahi tanda aku sedang memikirkan siapakah gadis ini. Walaupun aku langsung tak kenal, tapi aku buat-buat berfikir supaya gadis tadi tak anggap aku ni seorang yang tak ambil kisah langsung tentang dirinya. Bukankah gadis suka begitu? Suka jika dirinya di ingati. Bukti? Buka facebook dan lihat sendiri.

" You ni Akemal kan? "gadis itu mengulangi soalannya dengan nada lebih lembut dan menyedarkan aku dari lamunan.

"Oh, ya"jawabku. "Tapi, u ni siapa?"tanyaku sopan.

Mungkinkah gadis ini adalah gadis hodoh yang pernah aku hina beberapa tahun lepas kini tiba-tiba jadi cantik dan nak balas dendam kepada aku? Tapi, aku tak pernah pula menghina orang. Apatah lagi kaum hawa yang berjiwa halus bak kapas lembut. Wanita perlu dicintai dan dihormati.

"I am your future wife" jawabnya dengan sopan.

Wajah aku sedikit berkerut. Cuba untuk men"translate"kan bahasa inggerisnya, aku hanya faham bahasa inggeris mudah seperti thank you, i love you, dan fuck you.

"Why? Confused ke sayang?" soalnya.

"Yeah. Sikit-sikit" balasku dengan begitu keliru.

Keliru macam satu ketika dulu aku pernah ingat yang aku ini sebenarnya seorang perempuan tapi bila aku check balik dengan orang lain ternyata aku bukan perempuan.


"Jadi, kenapa u datang cari i?" Soalku untuk memecahkan keadaan yang tersangat awkward atau dalam bahasa melayu yang ditranslatekan melalui google translator menjadi canggung. Apa kejadah maksudnya pun aku tak faham.

"I nak melepaskan rindu dan nafsu yang lama u tak penuhi."

"Adakah i pada masa hadapan telah mati pucuk? Atau i seorang yang kaki perempuan?" Celaka, kali ini aku telah hilang cool. Kalau kena lagi satu kejutan komfom aku akan sakit jantung.

"Tak. U menjadi orang warak dan telah hilang rasa sayang pada i yang pemabuk dan seksi. Sekarang i nak pinjam duit u. Nak beli kokain."

"PERGI!!!"

Sekelip mata isteri masa hadapan itu berlari keluar dari kedai.

Dan aku menyambung bacaan aku tadi pada satu artikel yang bertajuk "Berangan membuatkan otak lesu menjadi kreatif." dan pada muka surat belakangnya ada artikel tentang kekuatan seksual.



P/s Terima kasih kawan. Terima kasih sangat-sangat.

Monday, September 20, 2010

Semangat macam haram

Sila belek entri sebelum ini. Bersemangat waja bukan?

Itu adalah entri dua hari lepas.



Sekarang segalanya dah tak ada. Gelap.

Mana azam yang berapi tu?

Semua dah padam. Padam!









Aku perlukan dua minggu untuk pulih. Aishh.

Saturday, September 18, 2010

Dah cukup kot ngarut?

Rasanya dah hampir tamat sambutan perayaan bagi semua orang. Dah cukup rasanya 4 5 hari kita beraya. Ramai yang dah mula beransur keluar dari kampung untuk menyambung semula kesibukan yang dah beberapa hari ditinggalkan.

Aku pula, dah selesai proses meninjau dan menghabiskan makanan di rumah rakan-rakan, dah selesai proses perjumpaan rakan-rakan lama, dah selesai proses membahan rakan-rakan, dah selesai proses perjalanan yang mengharungi lembu-lembu gila, dah selesai proses menggila, dah selesai proses berbincang pasal politik dan akhirnya tamat sesi beraya.

Kali ini err.. untuk ke sejuta kalinya, aku tanam sedikit azam yang masih berapi dan panas macam celaka ke dalam hati aku. Dalam sedalam dalamnya.

Aku harap kali ini aku tak lagi di seru syaitan yang mula bersemangat selepas dileraikan rantainya untuk melakukan tugas merapu sehingga mencapai tahap dewa.

YA!!!! AKU BOLEH!!!!! *sambil berdiri di atas gunung dan rambut ditiup angin*

Monday, September 13, 2010

Selamat hari raya

Akhirnya ada juga sedikit ruang kosong untuk aku mencelah.

Jadi, dikesempatan yang kecil ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maafkan saya jika saya pernah membuat silap dengan anda walaupun saya tahu saya tak pernah buat salah tapi saya tetap mintak maaf sebab semua orang sibuk mintak maaf. Saya tak mahu ketinggalan daripada menjadi salah seorang yang mengikut peredaran masa. Sekali lagi, maafkan saya. Di hari yang seronok ini sama-samalah kita sedekahkan surah al-fatihah kepada rakan-rakan yang tidak sempat menyambut hari raya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Selamat hari raya aidilfitri

Jangan bermain benda yang tak guna di hari raya, kelak habis langsung duit gaji anda.

Sekian.


Selamat datang semula syaitan.

Wednesday, September 1, 2010

Lelaki yang menggunakan gadjet

Wahai GPS tunjukkan jalan menuju ke syurga kepadaku.

Recalculating, drive bla-bla-bla and turn left.

Felamak.








Dunia. Dunia. Astagfirullahhalazim.