Saturday, September 18, 2010

Dah cukup kot ngarut?

Rasanya dah hampir tamat sambutan perayaan bagi semua orang. Dah cukup rasanya 4 5 hari kita beraya. Ramai yang dah mula beransur keluar dari kampung untuk menyambung semula kesibukan yang dah beberapa hari ditinggalkan.

Aku pula, dah selesai proses meninjau dan menghabiskan makanan di rumah rakan-rakan, dah selesai proses perjumpaan rakan-rakan lama, dah selesai proses membahan rakan-rakan, dah selesai proses perjalanan yang mengharungi lembu-lembu gila, dah selesai proses menggila, dah selesai proses berbincang pasal politik dan akhirnya tamat sesi beraya.

Kali ini err.. untuk ke sejuta kalinya, aku tanam sedikit azam yang masih berapi dan panas macam celaka ke dalam hati aku. Dalam sedalam dalamnya.

Aku harap kali ini aku tak lagi di seru syaitan yang mula bersemangat selepas dileraikan rantainya untuk melakukan tugas merapu sehingga mencapai tahap dewa.

YA!!!! AKU BOLEH!!!!! *sambil berdiri di atas gunung dan rambut ditiup angin*

2 comments:

  1. boleh qeja dah kot.
    boleh benti meqapu dah kot.
    boleh stat menabung dah kot.
    haha.

    ReplyDelete
  2. hahaha..dah2.. tak larat nak merapu dah.. insooofff

    ReplyDelete