Sunday, August 28, 2011

Di pintu rumah siapakah pemuda itu menangis?




Quote hari ini dari google.


Pukul 8 pagi. Jam masih awal lagi. Langit tiada tanda-tanda mahu menurunkan air. Cerah. Seorang pemuda kelihatan ceria berada didepan rumahnya. Menyedut angin pagi yang nyaman.

"Ahh...." Hatinya tiada tanda-tanda mahu dikecewakan.

Sebelum itu, entri aku kali ini perlu dibaca dalam suasana sejuk. Tidak lupa juga, pergi search di youtube dengan kata kunci Olivia Ong. Lagu background untuk entri aku kali ini. Ok, kat mana kita tadi?

Hati.

Hatinya hari itu sangat sihat. Menyedut udara segar, nyamannya seperti berada di puncak gunung. Sangat segar, sangat sihat.

Sebenarnya hari itu adalah hari yang sangat bersejarah untuk dirinya. Dia akan melamar kekasih hatinya.

Ya.

Cinta itu sesuatu yang indah. Susah nak di bayangkan. Adakalanya cinta itu boleh menjadi ahli gusti adakalanya cinta boleh menjadi pemuas nafsu adakalanya cinta boleh menjadi sebuah kereta mahal.

Sambil terbayangkan wajah kekasihnya dia tersenyum keseorangan. Sambil mencucuh sebatang rokok dia memandu menuju kearah sebuah kedai mamak. Untuk hari bersejarah ini, perutnya perlu dipenuhkan agar tidak pula perutnya meragam di kemudian jam.

Oleh kerana kegembiraannya yang berada di puncak, dia berasakan bahawa dirinya menjadi perhatian. Terasa bagaikan semua orang tahu hari ini adalah hari penting baginya.

Dia tersenyum lagi.

Sambil menyalakan sebatang lagi rokok dia meneruskan perjalanan menuju ke rumah kekasih hatinya.

Anita sedia menunggu di hadapan rumahnya menunggu tibanya lelaki yang dipanggilnya B. Comel-comel sahaja nama panggilan Anita kepada kekasihnya.

Asyraf akhirnya sampai di rumah Anita, turunnya Asyraf dari keretanya dia menyalakan lagi sebatang rokok. Suasana pada ketika itu menjadi sangat dramatik. Bagaikan filem dari barat. Jiran-jiran semuanya melihat Asyraf.

Asyraf menjadi sangat bersemangat apabila merasakan dirinya menjadi perhatian. Menyesal pula rasanya dia mahu melamar Anita. Kerana yang melihatnya pada ketika itu adalah para gadis yang sepuluh kali lebih cantik dari Anita. Tapi ya la, cinta itu sesuatu yang susah untuk diekpresskan melalui bahasa.

Ketika Asyraf berjalan menuju Anita, tiada ribut mahupun hujan mahupun pakcik-pakcik buat-buat pengsan mahu menarik perhatian. Suasana cerah.

*Pammm*

Anita menampar deras muka Asyraf sehingga rokok di bibirnya yang tebal seperti Missy Elliot itu terbang.

Asyraf bingung. Bingung tak ada tahap.

Apa salahnya? Zip seluarnya telah pun ditutup begitu juga dengan akaun Facebooknya. Sebenarnya akaun facebooknya terpaksa ditutup kerana Anita memaksanya tanpa sebab yang konkrit. Anita tidak suka wanita lain meletakkan post di wall Asyraf apatah lagi satu masa dahulu Asyraf kantoi ketika sedang ber"im" dengan kawan di sekolah lamanya. Bagi aku, Asyraf adalah seorang yang bodoh. Akaun facebook bukan untuk dikongsi. Tapi lain cerita untuk Adib, sebab aku pinjam akaun dia adalah kerana aku nak tengok wajah peminatnya. Ya, aku hampa.

Berbalik kepada cerita Asyraf. Selepas dia ditampar, Anita terus masuk ke dalam rumahnya meninggalkan Asyraf yang pada ketika itu sumpah-nampak-bodo.

Asyraf mengetuk berkali-kali pintu rumah Anita sambil menangis dan bertanya apakah salahnya.

Asyraf menangis selama satu jam di pintu rumah Anita dan ketika itu rumah Anita telah menjadi perhatian jiran-jiran.

Sebelum itu aku perlu ceritakan sedikit tentang Anita.

Anita adalah seorang yang kuat pegangan agamanya, bapanya pula adalah ustaz yang sangat strict melayan anaknya. Anita adalah calon yang sangat sesuai untuk dijadikan isteri.

Jadi, satu jam Asyraf menangis.

Dan Anita menjerit

"Kenapa b tak puasa lepas tu tunjuk bangga depan orang ramai, bb malu tau, malu dengan perangai bakal suami yang jahanam ni."










4 comments:

  1. hahaha..
    pagi2 buta sudah serap segala cas positive dari universe ke dalam bdn aku :P

    ReplyDelete
  2. entry ni buat aku gelak :o

    ReplyDelete